Followers

Monday, June 6, 2011

puisi fynn jamal

Bila bercakap tentang tuhan

Sama saja sama persoalan

Tentang insaf dan di insafkan

Berulang-ulang namun bila mahu diamalkan..

Aku adalah antara yang tersumbing...aku antara yang terpelanting....

Jatuh dan jatuh dan jatuh

Iman bila kau mahu tenguh

Semua orang cakap perihal yang sama

Aku seperti mereka pun juga

Ditengah keriuhan aku mencari diri aku..ditengah keriuhan aku mahu mengaku aku malu..

Dibila-bila masa yang ku ingin lari..disetiap detik yang ku ingin mati...

Seperti ada membisik-bisik...jangan pergi masih ada terdetik...

Aku seperti orang lain aku tak mahu mati dalam begini...tapi seperti orang lain aku tetap begini

Sampai bila mahu bernyanyi tentang insaf dan diinsafkan...sampai mati aku tetap jiwa yang terkorbankan....

Aku mahu pergi ke sana dengan tenang....tapi ku malu mengatakan aku pernah berjuang...kerana sesungguhnya aku ini seperti mereka mereka yang sama dah mati jiwanya..layak apa...

Tunggu saja aku nantikan luluhku belum mahu dikembali pada mu ..

Tuhan jangan kau sempatkan untuk aku pergi ....kerana kami semua belum sedia mahu pergi....

Tuhan lihatkan aku masih bertelanjang..tuhan...kesiankan...

Semoga satu hari nanti kita akan sempat disempatkan..

Semoga satu hari nanti memang betul ada insaf dan keinsafan..

Semoga satu hari nanti kau akan memanggil dalam keadaan aku tercantik..terbersih.....

p/s: ada perkataan yg tertinggal...

No comments:

Post a Comment